Comm@L.I.T bantu penuntut USM selami hidup gelandangan 

[email protected] bantu penuntut USM selami hidup gelandangan 

LIM Siew Khim (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada para peserta Comm@Love In Transit ([email protected]) di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang, di Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kesibukan belajar di kampus tidak menghalang kira-kira 70 penuntut tahun kedua Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menyantuni komuniti gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang (PTGPP), hari ini.

Dekan Pusat Pengajian Komunikasi USM, Prof Madya Dr. Bahiyah Omar berkata, aktiviti itu disusun di bawah fasa kedua program Comm@Love In Transit ([email protected]) yang bertemakan ‘Social Responsibility, Empowering Lives’.

Katanya, [email protected] merupakan projek insani menggabungkan elemen kemasyarakatan, kesihatan, pendidikan dan kelestarian dalam usaha memperkasa kehidupan warga gelandangan melalui pendekatan yang mesra dan penuh empati.

“Antara pengisian utama program termasuk bengkel penjagaan kesihatan diri dan mulut, senamrobik komuniti, sukan rakyat, aktiviti gotong-royong serta pembuatan sabun kitar semula daripada minyak masak terpakai. 

“Aktiviti lain melibatkan sesi kesedaran kesihatan mental dan pertanian bandar,” katanya berucap pada majlis penutup program itu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim.

Tambah Bahiyah, [email protected] bukan sahaja membantu komuniti terpinggir mendapatkan akses kepada pengetahuan dan kemahiran asas, malah, menjadi ruang pembelajaran bermakna bagi pelajar yang terlibat secara langsung dengan masyarakat.

Difahamkan, program tersebut sebahagian daripada kursus Tanggungjawab Sosial Korporat (YBP230) di bawah bimbingan Profesor Dr. Jamilah Ahmad dan dilaksanakan dengan sokongan Service Learning Malaysia–University for Society (SULAM).

Dalam pada itu, Siew Khim berkata, inisiatif seperti [email protected] memperlihatkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan generasi muda dalam menyantuni kelompok yang sering terpinggir daripada pembangunan arus perdana.

“Saya berharap lebih banyak program sebegini dianjurkan untuk membantu golongan gelandangan agar mereka lebih yakin untuk kembali semula dalam masyarakat,” katanya.

Bagi Penolong Pengarah Projek [email protected], Coco Lim Kher Ying, 22, pula, penglibatan langsung bersama komuniti gelandangan membuka perspektif baharu kepada pelajar mengenai realiti cabaran sosial di peringkat akar umbi.

“Melalui [email protected], kami bukan hanya belajar tentang CSR dalam teori, tetapi memahami makna empati dan tanggungjawab sosial secara sebenar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN