Bekas pengurus kelab EPL sertai JDT

Bekas pengurus kelab EPL sertai JDT

XISCO MUNOZ - FB JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan bekas pengendali Watford, Xisco Munoz sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi kenyataan rasmi di platform media sosial rasmi kelab itu semalam, yang turut disertakan dengan satu video memaparkan kehadiran Munoz di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

“Pemenang La Liga dan bekas pengurus Watford, Xisco Muñoz menyertai JDT sebagai ketua jurulatih,” menurut kenyataan JDT.

Munoz, 45, berasal dari Sepanyol, merupakan bekas pemain yang mempunyai rekod cemerlang apabila pernah memenangi La Liga dan Piala UEFA bersama Valencia pada musim 2003-2004 serta menjulang Piala Super UEFA pada tahun berikutnya.

Sebagai pengurus, nama Munoz mula menjadi sebutan apabila berjaya membawa Watford kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2021 selepas menamatkan saingan Liga Kejuaraan di kedudukan kedua.

Pelantikan ini dijangka memberi suntikan baharu kepada skuad Harimau Selatan yang kini memburu kejuaraan Liga Super ke-12 berturut-turut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN