Agong dipersembah taklimat reformasi undang-undang, Laporan Ketua Audit Negara

Agong dipersembah taklimat reformasi undang-undang, Laporan Ketua Audit Negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini dipersembahkan taklimat pencapaian serta agenda Reformasi Undang-Undang dan Laporan Ketua Audit Negara.-FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini dipersembahkan taklimat pencapaian serta agenda Reformasi Undang-Undang dan Laporan Ketua Audit Negara.
dalam dua sesi berasingan di Istana Negara.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat pencapaian serta agenda Reformasi Undang-Undang dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kepada Seri Paduka Baginda

Seri Paduka Baginda kemudian dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 oleh Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Kedua-dua sesi itu masing-masing berlangsung selama hampir sejam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN