Rafizi sudah ada ‘plan’, manfaatkan hidup sebagai ‘rakyat biasa’

Rafizi sudah ada ‘plan’, manfaatkan hidup sebagai ‘rakyat biasa’

MOHD. RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan sudah mempunyai perancangan selepas secara rasminya menjadi ‘rakyat biasa’ pada 17 Jun ini.

Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan perancangan itu, sebaliknya akan berkongsi pada masa yang sesuai.

“Saya memang dah ‘plan’ apa nak tumpu selepas ini, tetapi biarlah semua orang tenang, sambut Hari Raya Haji dan sebagainya.

“Apa-apa saya kongsi kemudian. Potensi sebenar negara adalah rakyat biasa. Kita perlu kembali memanfaatkan potensi ini,” katanya menerusi hantaran di laman X, hari ini.

Pada Rabu lalu, Ahli Parlimen Pandan itu mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 17 Jun 2025.

Bermula hari sama juga, beliau menghabiskan baki cuti tahunan hingga 16 Jun depan.

Selepas pengumuman peletakan jawatan Rafizi itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengikut jejak sama berkuat kuasa 4 Julai ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN