KUALA LUMPUR: Indonesia memuji kecekapan Malaysia dalam menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula semalam.
Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto menyampaikan pujian itu dengan menunjukkan tanda bagus bagi menggambarkan penghargaan dan keyakinan beliau terhadap kemampuan Malaysia selaku tuan rumah.
“Bagus! Bagus!” katanya ringkas kepada pemberita selepas keluar daripada dewan persidangan Sidang Kemuncak Kedua ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), di sini hari ini.
Terdahulu, Prabowo dilaporkan berkata, ASEAN perlu menjadi sebuah blok serantau yang lebih kuat dan bersatu dalam menghadapi ketidaktentuan situasi global ketika ini.
Beliau turut menggesa semua negara anggota supaya memperkukuh kerjasama serantau. – UTUSAN