Polis Melaka cadang haram penjualan vape

Polis Melaka cadang haram penjualan vape

DZULKHAIRI Mukhtar (dua, kiri) ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis Melaka sedang merangka kertas cadangan untuk mengharamkan penjualan vape di negeri itu susulan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan dalam kalangan pelajar sekolah serta implikasi sosial lebih meluas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya sedang mengkaji semua aspek berkaitan sebelum mengusulkan cadangan itu kepada kerajaan negeri.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan kepada kerajaan negeri Melaka agar penjualan vape diharamkan sepenuhnya.

“Kita sedar implikasinya bukan hanya melibatkan orang dewasa, tetapi juga dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini

Dzulkhairi berkata, antara yang diberi perhatian dalam kertas cadangan itu adalah peningkatan ketara kes pelajar sekolah yang terlibat dalam penggunaan vape, termasuk yang mengandungi bahan terlarang.

“Kita lihat pelajar sekolah yang sepatutnya balik ke rumah selepas tamat sesi persekolahan, tetapi ada yang ditemui terbongkang bawah pokok, menghisap vape, ini bukan perkara kecil, ia sudah menjadi satu masalah sosial serius. 

“Kertas kerja yang sedang disiapkan akan meneliti pelbagai sudut termasuk implikasi kepada ekonomi masyarakat dan penjual vape sedia ada, sekiranya larangan itu dilaksanakan serta-mertua,” katanya. 

Tambah beliau, negeri Melaka boleh mengambil contoh negeri Johor yang sejak awal telah melaksanakan larangan penjualan vape, selain beberapa negeri lain yang kini turut dalam proses untuk melaksanakan tindakan sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN