PM Timor-Leste hulur coklat, beramah mesra bersama pengamal media

PM Timor-Leste hulur coklat, beramah mesra bersama pengamal media

KAY RALA XANANA GUSMAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao mencuri perhatian ramai apabila beliau meluangkan masa beramah mesra dengan pengamal media sejurus keluar dari dewan Sidang Kemuncak ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Beliau dilihat menghulurkan beberapa coklat kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu di laluan utama.

Tindakan santai dan bersahaja itu menceriakan suasana, malah mendapat sambutan hangat daripada pengamal media yang terkejut namun terhibur dengan sikap ramah pemimpin itu.

“Awak (pengamal media) telah menunggu terlalu lama,” gurau Gusmao sambil menyerahkan coklat kepada wartawan yang mengerumuninya secara sopan.

Momen itu memperlihatkan sisi mesra dan rendah diri beliau sepanjang kehadirannya di sidang kemuncak tersebut, sekali gus meninggalkan kenangan manis buat pengamal media yang bertugas melaporkan perkembangan sidang.

Terdahulu, Timor-Leste yakin negara tersebut akan dapat memenuhi instrumen, sekali gus menjadi anggota tetap ASEAN menjelang Oktober ini.

Gusmao dilaporkan berkata, keyakinan itu mengambil kira sokongan yang diberikan oleh negara-negara ASEAN lain terhadap Timor-Leste. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN