Pesta Kaamatan dan Hari Gawai cermin kekayaan tradisi masyarakat majmuk

Pesta Kaamatan dan Hari Gawai cermin kekayaan tradisi masyarakat majmuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai mencerminkan kekayaan tradisi dan keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya rakyat Malaysia yang terserlah melalui sambutan perayaan 

“Seri Paduka Baginda bertitah bahawa sambutan ini bukan sahaja merupakan tanda kesyukuran di penghujung musim menuai, malah menjadi peringatan buat seluruh rakyat agar sentiasa mensyukuri rezeki dan nikmat yang dikurniakan, selaras dengan kepercayaan dan amalan masing-masing.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya rakyat Malaysia yang terserlah melalui sambutan perayaan ini, sekali gus mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia,” titah Seri Paduka menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam pada itu Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri, Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat Malaysia yang meraikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN