Pemimpin ASEAN puji peranan Malaysia 

Pemimpin ASEAN puji peranan Malaysia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin ASEAN berpuas hati dengan prestasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN kali ini.

Sejak 1 Januari lalu, Malaysia dilihat komited dalam menyelesaikan beberapa perkara termasuk menjadi ‘pendamai’ pergolakan di Myanmar serta sokongan terhadap keahlian Timor-Leste dalam blok serantu itu, sekali gus mengundang pujian banyak pihak.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong menyifatkan usaha dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN adalah bersemangat dan berkesan.

“Saya memuji Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyatukan pendirian ASEAN dan mengekalkan hubungan langsung dengan Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG),” katanya.

Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan turut memuji usaha Malaysia dalam menyatukan pendirian ASEAN mengenai krisis di Myanmar.

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto juga memuji kecekapan Malaysia dalam menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Beliau menyampaikan pujian itu dengan mengangkat tanda bagus untuk menggambarkan penghargaan dan keyakinan terhadap kemampuan Malaysia selaku tuan rumah.

“Bagus! Bagus!” katanya ringkas.

Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN buat kali kelima tahun ini.  

Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão turut menghargai usaha Malaysia dan negara ASEAN lain dalam usaha negara itu menjadi anggota penuh blok berkenaan.

“Negara kami kecil keseorangan di sana, saya yakin dengan usaha dan sokongan dari negara-negara ASEAN, kami dapat menjadi anggota tetap ASEAN,” katanya.

Setiausaha Mindanao Development Authority (MinDA), Leo Teresa A. Mangno pula yakin usaha dan pencapaian Malaysia itu dinilai oleh semua pemimpin ASEAN, sekali gus menghargai komitmen tersebut.

“Kami menghargai segala usaha dan komitmen yang dilakukan oleh Malaysia. Kami melihat setiap pencapaian tersebut. Bukan saya sahaja, saya yakin semua pihak melihat pencapaian tersebut.

“Saya juga berpandangan pendekatan yang diambil Malaysia adalah langkah terbaik bagi  persidangan kali ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN