Panglima Tentera Udara ‘menggegar’ langit Langkawi

Panglima Tentera Udara ‘menggegar’ langit Langkawi

MOHD. Asghar Khan Goriman Khan (kiri) disertai Kolonel Mohd. Norazan Othman (belakang) melambai tangan ke arah penonton selepas menerbangkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM (M52-16) yang menampilkan livery ikonik Bendera Malaysia pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan menunjukkan ketangkasannya di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) dengan menerbangkan pesawat pejuang Su-30MKM (M52-16) secara peribadi.

Mohd Ashgar atau nama panggilannya ‘Gunjiz’ menerbangkan pesawat itu sebagai pembuka tirai pertunjukkan udara bagi pameran berprestij itu edisi ke-17.

Pesawat M52-16 itu turut menampilkan ‘livery’ ikonik bendera Malaysia yang juga dikenali sebagai ‘Toruk Makto’ sekali gus mencuri tumpuan ribuan penonton di ruang udara Langkawi.

Mohd Ashgar mencipta sejarah apabila beliau bukan sahaja menggambarkan keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tetapi turut mencipta sejarah apabila buat pertama kali Panglima Tentera Udara sendiri mengambil alih kokpit dalam pertunjukan udara.

Dalam penerbangan selama 12 minit itu, pesawat yang dibawa oleh Mohd. Ashgar itu mempersembahkan pelbagai aksi luar biasa atau tidak mampu dilakukan oleh pesawat pejuang lain.

Beliau turut disertai oleh Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kolonel Mohd. Norazan Othman atau nama panggilannya ‘Sting’.

Majlis perasmian pembukaan pameran dan Opening Gambit TUDM itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Aksi pembukaan yang mengagumkan itu ditambah dengan pertunjukan formasi udara serta akrobatik yang melibatkan keseluruhan 25 aset udara, antaranya enam pesawat latihan Pilatus PC-7 MK II, dua pesawat angkut A400M, tiga pesawat C130H dan lapan helikopter pelbagai jenis iaitu EC-725, AW-139 dan EC120B. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN