MAS ubah laluan ekoran konflik Kashmir

MAS ubah laluan ekoran konflik Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakistan menutup ruang udara mereka terhadap semua trafik komersial susulan ketegangan antara India dan negara itu memuncak akibat serangan maut di Kashmir bulan lalu.

Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengubah laluan penerbangan MH2 ke London Heathrow (LHR) dan MH22 ke Paris Charles de Gaulle (CDG) pada 6 Mei.

“Kedua-dua penerbangan telah singgah sebentar untuk mengisi minyak di Doha (DOH) dan kini telah meneruskan perjalanan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, MAS memaklumkan semua penerbangan ke dan dari Amritsar telah digantung sementara sehingga 9 Mei berikutan penutupan Lapangan Terbang Amritsar (ATQ) dari 7 hingga 9 Mei disebabkan oleh situasi keselamatan di kawasan berhampiran.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal kami kekal sebagai keutamaan utama. Kami sedang memantau situasi ini dengan rapi dan akan terus mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan operasi yang selamat dan diyakini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×