Malaysia bertemu jalan pulang, dibelasah China 3-0

Malaysia bertemu jalan pulang, dibelasah China 3-0

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei tewas pada perlawanan pembukaan kepada Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping 17-21, 18-21 pada aksi suku akhir Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjuangan skuad negara di Piala Sudirman 2025 berakhir di suku akhir selepas dikecewakan China 3-0 dalam aksi berat sebelah di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China sebentar tadi.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei gagal memberi permulaan positif apabila tunduk 17-21, 18-21 kepada gandingan tuan rumah, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping.

Kekalahan itu bukan sahaja merosakkan momentum awal, malah mengukuhkan penguasaan pasangan No. 1 dunia tersebut yang kini mendahului 6-2 dalam rekod pertemuan.

China terus menambah tekanan apabila Shi Yu Qi mudah menewaskan perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao 21-6, 21-14 dalam aksi yang tidak memberi ruang langsung buat wakil Malaysia.

Jun Hao, yang menghuni ranking ke-26 dunia, nyata tenggelam di tangan pemain No. 1 dunia itu dalam pertemuan pertama mereka di pentas antarabangsa.

Harapan untuk bangkit juga musnah apabila perseorangan wanita, K. Letshanaa sekadar mampu memberi saingan awal sebelum akur tewas mudah 21-8, 21-7 kepada Chen Yu Fei.

Kekalahan straight set dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut menjadikan kedudukan 3-0, sekali gus menamatkan cabaran Malaysia dalam kejohanan berpasukan campuran dunia itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya