Lokasi Himpunan Melayu Berdaulat mungkin perlu ditukar

Lokasi Himpunan Melayu Berdaulat mungkin perlu ditukar

himpunan melayu
Lokasi alternatif bagi Himpunan Melayu Berdaulat yang dirancang berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini mungkin akan dicadangkan kepada penganjur demi memastikan ketenteraman awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lokasi alternatif bagi Himpunan Melayu Berdaulat yang dirancang berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini mungkin akan dicadangkan kepada penganjur demi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, perbincangan masih berjalan antara polis dengan penganjur untuk memastikan pematuhan kepada Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Katanya, makluman mengenai perhimpunan itu sudah diterima polis dan kini sedang diteliti daripada pelbagai sudut.

“Kami mengesahkan menerima makluman berhubung perhimpunan yang dirancang diadakan pada tarikh terbabit.

“Ketika ini, polis masih dalam proses perbincangan dengan pihak penganjur bagi memastikan segala aspek APA 2012 dipatuhi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Tambah Sulizmie, penilaian secara menyeluruh perlu dilakukan dengan mengambil kira perhimpunan berkenaan berlangsung ketika Sidang Kemuncak ASEAN di ibu negara.

Himpunan Melayu Berdaulat dianjurkan oleh gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Syed Hassan Syed Ali dan dijangka menarik kehadiran lebih 15,000 peserta.

Ia bertujuan menyuarakan isu-isu membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar serta isu tanah rizab Melayu.

Himpunan dirancang diadakan di perkarangan pusat beli-belah Sogo bermula pukul 2.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN