Konsensus Lima Perkara jadi rujukan, tangani konflik Myanmar

Konsensus Lima Perkara jadi rujukan, tangani konflik Myanmar

asean
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ASEAN bersepakat menggesa Myanmar menghentikan gencatan senjata bagi menjaga keamanan di negara tersebut serta negara-negara serantau.

Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin ASEAN berkata, Konsensus Lima Perkara akan menjadi rujukan utama bagi menangani krisis politik di Myanmar, sekali gus menegaskan yang tindakan tersebut perlu dibuat secara menyeluruh.

“Kami sangat prihatin terhadap peningkatan konflik dan keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Myanmar, ditambah lagi dengan impak gempa bumi 7.7 magnitud yang melanda tengah Myanmar pada 28 Mac lalu. Kami komited untuk membantu Myanmar mencari keamanan yang berterusan sebagai penyelesaian kepada krisis yang sedang berlaku.

“Kami mengulangi bahawa Konsensus Lima Perkara kekal sebagai rujukan utama untuk menangani krisis politik di Myanmar, dan ia harus dilaksanakan secara menyeluruh untuk membantu rakyat Myanmar mencapai resolusi yang inklusif, sekali gus menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, semua pemimpin ASEAN turut menggesa semua pihak menghentikan segera tindakan keganasan terhadap orang awam dan kemudahan awam.

“Kami menggesa mereka untuk mengambil tindakan konkrit untuk menghentikan segera keganasan sembarangan, mengecam sebarang peningkatan, menahan diri sepenuhnya dan memastikan perlindungan dan keselamatan semua orang awam,” ujarnya.

ASEAN turut bersetuju meminta lanjutan berterusan bagi menghentikan gencatan senjata oleh pihak berkuasa di Myanmar dengan tujuan mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif.

Dalam masa yang sama, bantuan kemanusian akan dapat diteruskan kepada mereka yang memerlukan serta mewujudkan dialog nasional yang inklusif, selaras dengan Konsensus Lima Perkara berkenaan.

“Kami menggesa semua pihak yang berkenaan memastikan keselamatan, tepat pada masanya, berkesan dan penyampaian bantuan kemanusiaan ASEAN secara telus tanpa diskriminasi,” ujarnya.

Tegasnya lagi, ASEAN turut berharap agar semua pihak berkepentingan yang berkaitan dengan Myanmar untuk membina kepercayaan dengan terus mendekati pihak berkaitan dengan cara yang mampan, dengan tujuan untuk mencapai keamanan yang berterusan.

Selain itu juga, ASEAN turut menghargai sokongan berterusan daripada pihak antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara dan kekal kritikal dalam membantu rakyat Myanmar untuk mencapai penyelesaian dan keamanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN