Harimau Malaya ketinggalan 0-1 kepada Cepe Verde

Harimau Malaya ketinggalan 0-1 kepada Cepe Verde

PEMAIN Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi berjaya mengatasi pertahanan Cepe Verde pada aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya tetap memperagakan aksi menghibur meskipun ketinggalan 0-1 pada babak pertama, bagi aksi persahabatan Tier 1 berdepan Cepe Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Beraksi dihadapan lebih 5,000 penyokong, anak buah Peter Cklamovski terlebih dahulu menguji pintu gol Cepe Verde pada minit ketujuh menerusi percubaan kencang pemain warisan, Gabriel Palmero namun sedikit tersasar.

Dua minit kemudian menerusi serangan pantas daripada sebelah kiri gawang negara, Cape Verde membuka tirai jaringan hasil rembatan kencang Sidny Lopes Cabral yang terlebih dahulu memperdayakan pertahanan kiri negara, Daniel Ting sebelum meletakkan bola dalam jaring Harimau Malaya.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad kebangsaan kembali mengatur gerak serangan namun dua percubaan Arif Aiman Hanapi mudah ditangkap oleh penjaga gol pelawat, Josimar Dias.

Aksi berbalas serangan terus diperagakan oleh kedua-dua pasukan dengan rembatan Faisal Halim berjaya dihalang pertahan Cepe Verde sekali gus menutup babak pertama dengan keputusan 0-1.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN