Faisal Halim imbas detik 'perit' disimbah asid

Faisal Halim imbas detik ‘perit’ disimbah asid

FAISAL Halim mengesat air mata ketika berkongsi situasi dirinya dalam sidang akhbar khas di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang anugerah gol terbaik Piala Asia 2023, Faisal Halim mengimbas kembali detik sukar yang terpaksa diharunginya selepas menjadi mangsa simbah asid, setahun lalu.

Genap setahun insiden ngeri menimpa dirinya kelmarin, Faisal mengakui bersyukur apabila dia dapat bangkit kembali terutama dalam meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

Menerusi catatan di laman Instagram miliknya, Faisal atau lebih mesra disapa Mickey menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah diatas bantuan serta sokongan padu yang diberikan sepanjang detik sukar tersebut.

Faisal Halim ketika turun memberi sokongan kepada rakan sepasukannya di Selangor.

Pemain kebangsaan berusia 27 tahun itu turut menghargai sokongan dan doa daripada semua pihak termasuk ahli keluarga, pengurusan kelab, rakan sepasukan dan seluruh rakyat Malaysia.

“Genap setahun peristiwa yang banyak mengajar saya tentang kehidupan. Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas doa semua yang kenal dan tidak kenali diri ini.

“Setiap majlis doa selamat yang dijalankan sepanjang saya masih dalam fasa pemulihan, amat saya hargai. Sedikit sebanyak kekuatan dalam diri ini datang daripada anda semua.

“Dalam masa yang sama, sokongan yang tinggi daripada keluarga saya, isteri dan anak, abah mama abang kakak ipar dan mentua saya, buat saya berdiri teguh sampai hari ini. Kerana mereka, saya nampak kekuatan untuk saya terus berjuang dalam kehidupan.

“Tidak lupa juga, rakan sepasukan, sepanjang saya dalam fasa untuk beraksi sepenuhnya di atas padang, mereka banyak berikan kata-kata semangat dan bantu untuk biasakan diri dapatkan semula rentak permainan seperti biasa.

“Begitu juga kepercayaan yang diberikan barisan jurulatih dan pihak pengurusan, tidak akan saya lupakan. Setahun sudah berlalu, Insya-Allah saya akan terus bangkit dan berikan yang terbaik untuk diri, keluarga dan bola sepak,” katanya.

Beliau kini telah bangkit semula apabila semakin kerap diturunkan bersama pasukan Selangor selain kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, Mac lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN