JERANTUT: Walaupun sudah pencen kira-kira setahun lalu, seorang bekas guru besar setia ‘berbakti’ kepada anak-anak masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Kiol, di sini. Bekas guru tersebut, Abd. Manaf Mat, 61, berkata, disebabkan jiwanya masih bersemangat sebagai pendidik, dia berasa terpanggil untuk membantu sekadar termampu murid-murid sekolah berkenaan membabitkan aspek akademik, kokurikulum dan pembinaan modal insan. “Sejak awal tahun ini, saya pernah hadir memeriahkan acara merentas desa melibatkan murid Orang…