Aaron-Wooi Yik tepati ramalan

Aaron-Wooi Yik tepati ramalan

AARON-Wooi Yik ketika bergambar bersama peminat selepas memenangi perlawanan menentang beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-10, 21-19 pada aksi suku akhir Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus membuktikan status juara apabila mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2025 dengan kemenangan mudah ke atas pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, sebentar tadi.

Pasangan ranking ketiga dunia itu tidak memberi ruang langsung kepada pilihan ketujuh kejohanan itu apabila menang selesa 21-10, 21-19 dalam perlawanan yang hanya berlangsung 29 minit.

Kemenangan itu membolehkan Aaron-Wooi Yik menepati ramalan untuk menempah pertemuan blockbuster menentang beregu No. 1 dunia yang juga juara bertahan, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada aksi separuh akhir esok.

Aaron berkata, mereka bermain mengikut perancangan biarpun ada sedikit tekanan pada pertengahan perlawanan terutamanya pada set kedua.

“Kami memang hanya fokus kepada konsistensi permainan. Set kedua tadi ada sedikit ragu-ragu, tapi kami cepat tenangkan diri dan kembali semula untuk tamatkan dengan kemenangan,” kata Aaron kepada pemberita selepas perlawanan, sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai pertemuan semula bersama beregu Denmark itu pada Sukan Olimpik Paris Ogos lalu, Wooi Yik berkata beliau bersama Aaron mahu mempamerkan persembahan yang terbaik pada aksi separuh akhir esok.

“Esok lawan yang sama seperti di Olimpik Paris. Kami kenal mereka, mereka pun kenal kami. Jadi, bukan soal menang atau kalah, tapi macam mana kami kawal permainan dan beri yang terbaik,” ujar Wooi Yik.

Gandingan negara yang berada di prestasi kemuncak selepas menjuarai Terbuka Thailand dan Kejohanan Badminton Asia (BAC) sekali gus turut memiliki kelebihan psikologi dengan rekod kemenangan 8-4 ke atas Astrup-Rasmussen, termasuk kejayaan terbaharu di Sukan Olimpik Paris meraih pingat gangsa ke atas beregu berkenaan tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN