Malaysia idam mara empat final Sepak Takraw Piala Asia 2025

Malaysia idam mara empat final Sepak Takraw Piala Asia 2025

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw (PSM), Datuk Sumali Reduan (lima dari kanan) selepas majlis perasmian undian di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kem sepak takraw negara memasang impian besar untuk melangkah ke final Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 yang bakal membuka tirai di Kuala Lumpur, Mei ini.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan menyifatkan sasaran itu sebagai realistik berdasarkan momentum semasa skuad negara.

Lebih membanggakan, skuad negara hadir ke kejohanan ini berbekalkan status juara berganda menerusi regu dan double pada aksi Piala Dunia selepas menewaskan kuasa besar seperti Thailand dan Korea Selatan tahun lalu.

“Persiapan para pemain kini berada pada tahap 80 peratus dan jurulatih telah melakukan post mortem bagi memperbaiki segala kelemahan.

“Paling penting, kita mahu melangkah ke pentas final, terutama dalam acara double dan regu yang merupakan kekuatan utama Malaysia,” kata Sumali pada sidang akhbar selepas majlis undian rasmi di Pusat Dagangan Dunia, di sini, hari ini.

Malaysia mendapat kelebihan psikologi apabila kejohanan ini berlangsung di lokasi sama ketika mereka merangkul kejuaraan Piala Dunia 2024.

Cabaran peringkat kumpulan dijangka sengit apabila kem sepak takraw negara bakal berentap dengan pasukan seperti Thailand di acara double dan Korea pada acara regu berpasukan.

Sepak Takraw Piala Asia 2025 dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 18 Mei di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Regu

Kumpulan A
Chinese Taipei
India
Brunei

Kumpulan B
Indonesia
Korea
Thailand

Kumpulan C
Vietnam
China
Pakistan
Japan

Kumpulan D
Philippines
Nepal
Malaysia
Singapore

Quadrant

Kumpulan A
Vietnam
Singapore
Korea
Pakistan

Kumpulan B
Philippines
Japan
China
Malaysia

Double

Kumpulan A
Indonesia
India
Brunei

Kumpulan B
Thailand
Chinese Taipei
Nepal
Malaysia

Team Regu

Kumpulan A
Thailand
China
India
Singapore

Kumpulan B
Korea
Brunei
Malaysia
Japan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya