Hojlund bantu United ikat Bournemouth

Hojlund bantu United ikat Bournemouth

Pengadil perlawanan, Peter Bankes melayangkan kad merah kepada penyerang Bournemouth, Evanilson (dua dari kanan) semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Bournemouth dan Manchester United di Stadium Vitality, Bournemouth, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOURNEMOUTH: Gol pada masa kecederaan Rasmus Hojlund berjaya menyelamatkan satu mata berharga Manchester United untuk mengikat Bournemouth 1-1 yang bermain dengan 10 orang dalam aksi liga di Stadium Vitalty, hari ini.

Kemenangan dilihat seakan berpihak pada skuad kendalian Andoni Iraola yang sebelum itu terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-23 menerusi jaringan Antoine Semenyo.

Namun, perlawanan berubah selepas keputusan kontroversi pengadil perlawanan, Peter Bankes apabila pada mulanya melayangkan kad kuning namun selepas melihat rakaman video bantuan pengadil (VAR) dia memberi kad merah kepada Evanilson selepas mengasari Noussair Mazraoui pada minit ke-70.

Layangan kad merah itu menyebabkan Evanilson berdepan hukuman penggantungan tiga perlawanan.

United mengambil kesempatan ke atas Bournemouth yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap pintu gol tuan rumah.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Hojlund berjaya menolak masuk bola hasil rembatan Manuel Ugarte dari jarak dekat, selepas pemain tengah Uruguay itu menerima hantaran daripada Luke Shaw.

Keputusan seri tersebut membolehkan pasukan kendalian Ruben Amorim berada di tangga ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, fokus sebenar United kini tertumpu kepada perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa menentang Athletic Bilbao pada Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN