Adania sasar podium Terbuka Malaysia

Adania sasar podium Terbuka Malaysia

Aksi pemain boling remaja negara, Adania Mohd Redzuan pada pusingan kelayakan kejohanan Boling Terbuka Malaysia Antarabangsa ke-43 bagi kategori remaja, di Sunway Megalanes, semalam. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain remaja kebangsaan, Adania Mohd Redzwan memasang impian untuk menamatkan saingan di kedudukan podium dalam kategori remaja di kejohanan Boling Terbuka Malaysia 2025.

Dalam masa yang sama, Adania turut menyasarkan untuk menempatkan diri dalam kelompok teratas dalam kategori Terbuka Wanita yang bakal menampilkan pemain senior Malaysia dan wakil luar negara.

Biarpun sedar bakal mendapat tentangan sengit, Adania,20, optimis mampu melangkah jauh berdasarkan persiapan yang dilakukannya sebelum ini sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan itu.

“Untuk kategori remaja, sasaran saya adalah untuk menamatkan kejohanan dalam kelompok tiga terbaik.

“Manakala bagi Terbuka Wanita, saya berharap dapat melayakkan diri ke kedudukan yang terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai persaingan yang bakal dihadapi, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu mengakui perlu bekerja lebih keras, terutamanya dalam saingan Terbuka Wanita yang turut disertai pemain berpengalaman dan senior.

“Persaingan sangat sengit kerana perlu berhadapan dengan pemain-pemain senior, selain kehadiran pemain dari luar negara yang pastinya memberi cabaran lebih besar.

“Namun, apa yang menjadi keutamaan buat saya sekarang ini ialah saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,” jelasnya.

“Kami semua sedang bekerja keras. Saya percaya dengan usaha yang berterusan, kita mampu mencapai kejayaan,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya