ROBOT yang diilhamkan daripada kenderaan robotik (rover) yang sering dihantar ke bulan bakal menjadi penganti kepada tenaga kerja petani tua di Jepun. Penduduk Jepun adalah yang tertua di dunia, dengan satu pertiga berumur lebih 65 tahun berikutan gabungan kadar kesuburan rendah dan jangka hayat yang tinggi. Situasi ini memberi kesan langsung ke atas populasi umur bekerja terutamanya dalam kalangan penduduk antara 15 hingga 64 tahun yang diunjurkan menyusut sebanyak 30…