PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini semalam menolak permohonan pasukan pembelaan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan permohonan gugur diputuskan. Hakim Dr. Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas peguam bela, Haresh Mahadevan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penangguhan perbicaraan yang dijadualkan bermula Isnin depan sehingga permohonan itu dilupuskan. “Pada prosiding lalu, mahkamah telah meminta pihak pendakwaan dan pembelaan memaklumkan status notis usul itu…