BEIJING: Pihak berkuasa China sedang menimbang kemungkinan untuk menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat (AS) kepada bilionair, Elon Musk sekiranya syarikat itu gagal menghalang larangan berpotensi ke atas aplikasi tersebut, lapor Bloomberg News. Laporan yang memetik sumber yang arif mengenai perkara tersebut berkata, pegawai China lebih cenderung agar TikTok kekal di bawah kawalan syarikat induknya, Bytedance. TikTok kini sedang mencabar larangan berkenaan melalui rayuan di Mahkamah Agung AS. Dalam salah…











