DAMSYIK: Semua kumpulan pejuang yang bertanggungjawab membebaskan Syria daripada pemerintahan diktator Bashar al-Assad akan dibubarkan dan dilatih untuk menyertai barisan Kementerian Pertahanan. Dalam pertemuan dengan ahli komuniti Druze, pemimpin Hayat Tahrir al-Sham (HTS), Ahmed al-Sharaa berkata, semua puak pejuang akan tertakluk kepada undang-undang. Beliau juga berusaha untuk meyakinkan golongan minoriti di dalam negara dan kerajaan luar negara, pemimpin sementara akan melindungi semua rakyat Syria serta institusi negara. Al-Sharaa turut menekankan…










