NEW YORK : Golongan wanita dan gadis yang melarikan diri dari konflik peperangan di Sudan sanggup membunuh diri sendiri menggunakan pisau daripada dirogol oleh tentera Sudan. Insiden yang semakin meningkat itu menyebabkan sekurang-kurangnya 124 orang awam terkorban di negeri Al-Jazira, Sudan Tengah, sejak 20 Oktober lalu, manakala 135,000 lagi terpaksa melarikan diri ke negara-negara jiran. Angka itu direkodkan oleh Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memfokuskan kepada kesihatan wanita…










