Lelaki bersenjata maut ditembak berhampiran kedutaan Israel di Jordan

Lelaki bersenjata maut ditembak berhampiran kedutaan Israel di Jordan

PASUKAN keselamatan berkawal berhampiran keduataan Israel di Amman, Jordan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Seorang lelaki bersenjata maut dan tiga anggota polis cedera dalam kejadian tembakan berhampiran kedutaan Israel di Jordan, kata sumber keselamatan dan media negara hari ini.

Menurut agensi berita, Petra, polis menembak suspek bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah peronda polis di kejiranan Rabiah di Amman.

Terdahulu, polis Jordan mengepung kawasan berhampiran kedutaan yang dikawal ketat selepas bunyi tembakan kedengaran, kata saksi.

Dua saksi berkata, polis dan ambulans bergegas ke kawasan kejiranan Rabiah, yang menjadi lokasi kedutaan tersebut.

Kawasan itu sering menjadi tumpuan demonstrasi menentang Israel.

Kerajaan Jordan menyaksikan beberapa protes aman terbesar di rantau itu kerana sentimen anti-Israel yang semakin memuncak berikutan perang di Gaza.

Polis meminta penduduk untuk berada di rumah mereka sementara anggota keselamatan mengesan suspek, kata sumber keselamatan.

Ramai daripada 12 juta rakyat Jordan berasal dari Palestin, sama ada mereka atau ibu bapa diusir atau melarikan diri ke Jordan semasa pergolakan pada 1948.

Perjanjian damai Jordan dengan Israel tidak popular dalam kalangan rakyatnya yang melihat normalisasi hubungan sebagai pengkhianatan hak rakan senegara Palestin.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN