Iran janji balas serangan Israel - Utusan Malaysia

Iran janji balas serangan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berjanji akan membalas serangan terhadap Israel, dan pengumuman itu dibuat beberapa hari menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).  

Jelasnya, respons Iran akan merangkumi serangan dari kedua-dua Republik Islam dan sekutunya.

“Musuh, baik AS mahupun rejim Zionis, mereka perlu tahu dan pasti akan menerima balasan yang menyakitkan,” kata Khamenei. 

Pada 26 Oktober lalu, Israel mengebom lokasi tentera Iran sehingga mengorbankan empat anggota tentera, sebagai tindak balas terhadap serangan 200 peluru berpandu yang dilancarkan Oktober lalu. 

Israel memberi amaran kepada Iran agar tidak membalas serangan pada 26 Oktober lalu. 

Penganalisis berkata, Israel menyebabkan kerosakan yang teruk pada pertahanan udara dan kapasiti peluru berpandu Iran, serta berkemungkinan melancarkan tindakan berskala lebih besar terhadap Republik Islam itu. 

Sementara itu, Komando Tentera Laut Israel berkata, pihaknya menahan seorang anggota kanan Hezbollah dalam satu serbuan di Lubnan dan membawanya ke Israel untuk disoal siasat. 

Sejak akhir September lalu, Israel terlibat dalam perang berskala penuh terhadap Hezbollah yang disokong oleh Iran di Lubnan. 

Israel juga melancarkan pertempuran berterusan terhadap kumpulan pejuang Hamas sejak 7 Oktober, tahun lalu. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN