PETALING JAYA: Selangor FC menegaskan pihak pengurusan akan terus memberi kepercayaan penuh kepada ketua jurulatih The Red Giants, Nidzam Jamil untuk terus mengendali pasukan berkenaan. Perkara itu dijelaskan menerusi satu kenyataan media, berkata secara keseluruhan prestasi Nidzam berada ditahap memuaskan dan tindakan melantik pengendali baharu akan menjejaskan momentum Selangor FC. Desakan ini timbul selepas kekalahan 0-3 Selangor di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super Ahad lalu namun…