Ribut Tropika Kong-rey ancam Filipina - Utusan Malaysia

Ribut Tropika Kong-rey ancam Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina menaikkan amaran cuaca baharu beberapa hari selepas lebih 100 orang terbunuh akibat bencana ribut yang disifatkan terburuk tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hampir sejuta orang masih berlindung di pusat pemindahan atau tinggal bersama saudara mara selepas kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar yang dibawa Ribut Tropika Trami sejak 22 Oktober lalu.

Agensi cuaca negara berkata, Ribut Tropika Kong-rey akan membawa hujan lebat dan angin kencang dan menyebabkan laut bergelora di luar pantai timur.

Menurut perkhidmatan cuaca dalam buletinnya, Kong-rey akan berubah menjadi taufan dan melepasi berhampiran pulau-pulau kecil Filipina di utara seawal esok.

Amaran terendah bagi lima peringkat ribut berada di pantai timur laut negara itu.

Ribut Tropika Trami sebelum ini melanda beberapa kawasan paling ramai penduduk di negara itu.

Agensi bencana kerajaan meletakkan angka kematian akibat Trami pada 116, dengan 39 lagi masih hilang.

“Melihatkan pergerakan semasa, anjakan lanjut ke arah barat dalam landasan ramalan akan turut diperhatikan,” katanya selepas ribut terbaharu itu makin menghampiri negara itu berbanding ramalan sebelumnya.

Badan itu turut menjangka Kong-rey akan melanda Taiwan pada kekuatan taufan awal Jumaat.

Kira-kira 20 ribut dan taufan besar melanda Filipina atau perairan sekitarnya setiap tahun, merosakkan rumah dan infrastruktur serta mengorbankan ratusan nyawa.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN