Perdana Menteri Jepun intai kerjasama parti lain - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Jepun intai kerjasama parti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang mengalami kekalahan teruk selepas kehilangan majoriti dalam pilihan raya, mengintai peluang kerjasama dengan parti lain, lapor media tempatan. 

Ishiba berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun menghadapi kemelut tersebut. 

Ini menunjukkan beliau akan menerajui kerajaan minoriti kerana tidak mempertimbangkan kerjasama lebih luas ‘pada ketika ini’.

Namun, media melaporkan LDP sedang berbincang dengan parti-parti pembangkang tentang pengaturan untuk memastikan Ishiba dapat meluluskan undang-undang serta terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Bersama dengan Komeito, LDP yang telah mentadbir Jepun selama hampir tujuh dekad, memenangi 215 daripada 465 kerusi di Dewan Perwakilan. 

Salah satu parti yang berpotensi menjadi penentu adalah Parti Demokrat untuk Rakyat (DPP), yang mempunyai 28 kerusi yang akan meningkatkan jumlah kerusi gabungan LDP-Komeito melebihi 233 untuk mencapai majoriti.

Menurut akhbar Yomiuri, Ishiba telah memutuskan untuk mencari kerjasama ‘sebahagian’ dengan DPP. 

“Jika ada permintaan untuk perbincangan antara pemimpin parti, tidak ada sebab untuk menolak, walaupun ia bergantung kepada apa yang akan dibincangkan.

“Perbincangan antara setiausaha agung parti sedang berlangsung dan terdapat pelbagai komunikasi, tetapi saya tidak merasakan sebarang perkembangan yang konkrit sedang berlaku,” kata pemimpin DPP, Yuichiro Tamaki. 

Keputusan rasmi menunjukkan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang dipimpin Ishiba dan parti sekutunya, Komeito, mengalami keputusan pilihan raya terburuk sejak 2009 dalam pengundian, Ahad lalu.

Salah satu punca utama kemarahan pengundi adalah skandal dana rahsia parti yang menyumbang kepada kejatuhan bekas perdana menteri LDP, Fumio Kishida, selepas tiga tahun memegang jawatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN