TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang mengalami kekalahan teruk selepas kehilangan majoriti dalam pilihan raya, mengintai peluang kerjasama dengan parti lain, lapor media tempatan. Ishiba berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun menghadapi kemelut tersebut. Ini menunjukkan beliau akan menerajui kerajaan minoriti kerana tidak mempertimbangkan kerjasama lebih luas ‘pada ketika ini’. Namun, media melaporkan LDP sedang berbincang dengan parti-parti pembangkang tentang pengaturan untuk memastikan Ishiba dapat meluluskan undang-undang serta…