Pemandu Toyota terbunuh selepas kereta langgar pembahagi jalan, terbakar

Pemandu Toyota terbunuh selepas kereta langgar pembahagi jalan, terbakar

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemalangan membabitkan kereta Toyota Corolla Altis yang terbakar di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dekat sini pagi tadi dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar pembahagi jalan. 

 Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit pada pukul 9.24 pagi tadi.

Menurut beliau,  siasatan awal mendapati, pemandu lelaki berusia 28 tahun yang memandu  Toyota Corolla Altis  melanggar pembahagi jalan antara susur lebuh raya yang menghala ke Petaling Jaya menyebabkan kereta itu terbakar keseluruhan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Seorang lagi lelaki berusia 24 tahun yang mengalami kecederaan di kepala telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Kata beliau,  kes diklasifikasi di bawah  Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta yang  terbakar di Lebuhraya NPE di sini pagi tadi. 

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 8.28 pagi dan seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN