JAKARTA: Seorang pelajar wanita berusia 18 tahun ditemukan maut di pekarangan sebuah kampus universiti di Tomang, Grogol Petamburan, Jakarta Barat, semalam. Lapor Kompas.com, Ketua Polis Petamburan, Reza Hafiz berkata, mangsa disyaki terjun di lokasi tempatnya belajar. “Memang ada mangsa yang terbaring di kawasan kampus yang disyaki terjatuh dari bangunan. “Kita masih berusaha menyiasat punca atau motif kejadian, sama ada ia adalah satu kemalangan atau berpunca dari faktor lain,” katanya. Mayat…