SEOUL: Tentera Korea Selatan mengumumkan pasukannya bersedia untuk menghadapi sebarang tindak balas selepas Korea Utara mengarahkan tentera di sempadan bersiap melancarkan serangan, susulan pertikaian memuncak mengenai penerbangan dron ke Pyongyang. Terdahulu, Korea Utara menuduh Seoul menerbangkan dron ke Pyongyang untuk menggugurkan risalah propaganda yang penuh dengan khabar angin dan sampah. Menerusi satu amaran yang dikeluarkan pada Ahad, Pyongyang menegaskan jika terdapat dron lain dikesan, ia akan menganggap itu sebagai ‘pengisytiharan…










