NEW YORK: Calon Demokrat, Kamala Harris mendahului tipis berbanding Donald Trump dari Republikan menerusi tinjauan nasional terbaharu perlumbaan merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) sebelum pilihan raya pada 5 November ini. Tinjauan yang dijalankan oleh Siena College dan The New York Times mendapati Harris mendahului sebanyak 49 peratus hingga 46 peratus. Pengundi berdaftar lebih memilih Harris kerana mewakili perubahan dan mengambil berat tentang mereka, tetapi memberi kelebihan kepada Trump tentang…