Inflasi meningkat jika Trump menang? - Utusan Malaysia

Inflasi meningkat jika Trump menang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pakar meramalkan, kemenangan calon Demokrat, Donald Trump pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 5 November ini bakal memberi kesan yang meluas ke atas ekonomi di seluruh dunia, termasuk di Asia Tenggara.

Selain meningkatkan inflasi, keputusan pilihan raya yang memihak kepada Trump akan memberi  impak yang ketara ke atas ekonomi, lanjutan, dasar monetari Rizab Persekutuan, kadar faedah dan dolar AS.

DASAR TRUMP GANGGU INFLASI

Pengarah Eksekutif dan Ketua Strategi Pemasaran UOB, Heng Koon How berkata, banyak yang dibincangkan mengenai potensi kecenderungan bias inflasi dalam dasar diketengahkan Trump selepas beliau kerap berkempen untuk meningkatkan beberapa siri tarif.

Ini termasuk kenaikan ketara tarif perdagangan terhadap China sebanyak 60 peratus, tarif hukuman 200 peratus ke atas kenderaan diimport dari Mexico serta cadangan tarif universal sebanyak 10 peratus untuk semua barangan yang diimport ke AS.

Trump juga mencadangkan tarif perdagangan boleh digunakan untuk membayar pemotongan cukai dan mahu syarikat pengeluar barangan di AS membayar kadar cukai pilihan yang lebih rendah sebanyak 15 peratus, turun daripada 21 peratus pada masa ini.

Tarif-tarif tersebut boleh memacu inflasi baharu untuk ekonomi AS kerana kenaikannya akan menyebabkan harga barangan import menjadi lebih tinggi.

“Trump juga mahu menghantar pulang pendatang tanpa izin, idea yang boleh mengetatkan pasaran buruh dan menaikkan gaji selain mewujudkan satu lagi sumber tekanan inflasi.

”Pada zahirnya, cadangan beliau mungkin memanjangkan kitaran pertumbuhan ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan semasa.

”Namun, Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson memberi amaran  cadangan tarif Trump boleh membebankan isi rumah biasa lebih AS$2,600 (RM11,202) setahun,” jelas Koon How.

CADANGAN BERSASAR HARRIS

Sebaliknya, calon Demokrat, Harris dilihat akan meneruskan polisi pentadbiran Presiden, Joe Biden, melaksanakan lebih banyak tarif untuk industri tertentu dengan pendekatan yang kurang konfrontasi berbanding Trump.

Dari segi dasar cukai, Harris mencadangkan kenaikan cukai pendapatan untuk golongan berpendapatan tinggi, kumpulan modal teratas dan syarikat, dengan pengurangan dikhaskan untuk sektor strategik serta industri bersih.

“Beliau dilihat mahu membantu perniagaan yang lebih kecil dan isi rumah berpendapatan rendah menangani kos sara hidup yang lebih tinggi.

“Secara umum, dasar ekonomi yang dicadangkannya lebih bersasar dan kurang ekstrem berbanding Trump dan berkemungkinan kurang memberi kesan inflasi terhadap ekonomi AS.

“Tidak seperti cadangan Trump untuk lebih banyak pengawasan Presiden terhadap keputusan dasar monetari, Harris  menyokong kebebasan berterusan kerajaan dan tidak mencadangkan sebarang langkah untuk menurunkan nilai dolar AS secara unilateral,” kata Koon How kepada CNA.

Namun katanya, kedua-dua calon Presiden tidak banyak memberi tumpuan kepada kemerosotan prospek fiskal AS dan hutang awam terkumpul negara yang melonjak daripada bawah AS$20 trillion (RM86.15 trillion) sebelum permulaan wabak Covid-19 pada 2020, kepada paras semasa kira-kira AS$30 trillion (RM129.23).

KESAN KEPADA ASIA TENGGARA

Melihatkan keadaan ekonomi serantau, Koon How berkata, dasar Trump mungkin menghasilkan latar belakang inflasi yang diperbaharui dan dijangka menyumbang kepada kadar faedah serta dolar AS yang lebih kukuh.

Tetapi dasar luar dan perdagangan Trump yang lebih berkonfrontasi terhadap China juga mungkin meningkatkan risiko geopolitik di seluruh rantau ini. 

“Terdapat risiko beliau mungkin menjejaskan pemulihan pertumbuhan dan aliran perdagangan untuk China dan negara-negara Asia Tenggara. 

”Ini mungkin menyebabkan kerajaan serantau dan bank pusat perlu menentu ukur semula dasar fiskal dan kewangan mereka pada tahun 2025,” tambahnya.

Buat masa ini, pertumbuhan ekonomi dan prospek perdagangan Asia Tenggara kekal cerah hasil daripada pemulihan semasa dalam perbelanjaan runcit dan eksport elektronik di seluruh rantau ini. 

Kebanyakan negara Asia Tenggara dijangka menyaksikan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK dan kekuatan mata wang yang lebih tinggi pada tahun 2025.

”Pada tahun-tahun akan datang, kami mengunjurkan peningkatan sebanyak 38 peratus lagi dalam aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Asia Tenggara kepada AS$312 billion (RM1.3 trillion) menjelang 2027 dan seterusnya kepada AS$373 bilion (RM1.6 trillion) menjelang 2030.

”Di tengah-tengah ketidaktentuan yang akan datang mengelilingi perdagangan global yang timbul daripada pilihan raya presiden AS, adalah penting untuk mengambil perhatian hubungan perdagangan yang kukuh dan menyokong yang diwujudkan oleh ASEAN,” katanya lagi.

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau menambat negara-negara ASEAN dalam pakatan perdagangan yang kukuh dengan China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand. 

ASEAN juga dijangka menyegarkan semula perjanjian perdagangan bebasnya yang sudah lama terjalin dengan China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN