Britain, Perancis gesa mesyuarat kecemasan bincang krisis Gaza

Britain, Perancis gesa mesyuarat kecemasan bincang krisis di Gaza

Malaysia mengulangi desakan agar pembunuhan beramai-ramai di Gaza diberhentikan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain dan Perancis menggesa satu mesyuarat tergempar diadakan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membincangkan situasi kemanusiaan di Gaza. 

Britain pula sedang mempertimbangkan sekatan terhadap dua menteri Israel, kata Perdana Menteri, Keir Starmer. 

Reuters melaporkan pada awal bulan ini mengenai bekalan makanan ke Gaza yang makin merosot dengan ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas pihak berkuasa Israel memperkenalkan peraturan kastam baharu. 

Amerika Syarikat (AS) turut memberi amaran situasi kemanusiaan di Gaza mesti diperbaiki atau Israel mungkin berdepan sekatan bantuan ketenteraan dari Washington.

“Kami sentiasa membuat perwakilan mengenai perkara ini dengan rakan-rakan kami,” kata Starmer di Parlimen ketika ditanya mengenai situasi tersebut. 

Menteri Luar Britain, David Lammy berkata, Israel mesti memastikan perlindungan terhadap orang awam dan laluan dibuka untuk membenarkan bantuan menyelamatkan nyawa sampai ke Gaza. 

Beliau turut memaklumkan Algeria telah menyertai gesaan untuk mengadakan mesyuarat tergempar tersebut.

Tambah Starmer, Britain sedang meneliti sekatan terhadap Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir berhubung kenyataan mereka mengenai konflik tersebut.

Sebelum ini, bekas Menteri Luar, David Cameron dilaporkan mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan terhadap kedua-dua menteri itu sebelum parti Konservatif yang memerintah ketika itu tewas dalam pilihan raya, Jun lalu.

“Israel mesti mengambil semua langkah yang perlu untuk mengelakkan kematian orang awam, membenarkan bantuan masuk ke Gaza dalam jumlah yang lebih besar dan memberi peluang kepada rakan kemanusiaan PBB untuk beroperasi dengan berkesan,” kata Starmer. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN