DHAKA: Banjir di Bangladesh memusnahkan kira-kira 1.1 juta metrik tan beras, menurut data daripada Kementerian Pertanian. Situasi itu mendorong pihak kerajaan untuk meningkatkan import bijirin ruji tersebut ketika lonjakan harga makanan. Banjir yang disebabkan oleh hujan monsun lebat dan limpahan air dari hulu melanda negara itu dalam dua gelombang utama pada Ogos dan Oktober lalu, meragut sekurang-kurangnya 75 nyawa dan memberi kesan kepada jutaan orang, terutama di wilayah timur dan…










