KUANTAN: Penduduk khususnya nelayan sungai berhampiran Sungai Balok di sini, terkejut apabila mendapati ratusan ikan ditemukan mati dipercayai berpunca daripada air sungai tercemar. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati antara jenis ikan yang mati adalah duri, belukang, siakap, kitam dan gelama sehingga menjadikan kawasan sepanjang sungai itu berbau busuk. Seorang nelayan, Amirruddin Abdul Raoh berkata, keadaan tersebut disedarinya ketika pulang daripada laut, kelmarin. Menurutnya, pada mulanya dia menganggap ikan dibuang oleh mana-mana pihak namun setelah dilihat dengan dekat, dia mendapati keadaan ikan tersebut seperti terkena racun sisa toksik. “Ketika saya baru balik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya