BEIRUT: Kerajaan Lubnan mengumumkan jumlah kematian akibat pengeboman Israel telah meningkat kepada 558, termasuk 50 kanak-kanak.
“Setakat ini, kementerian kesihatan telah merekodkan 558 kematian, termasuk 50 kanak-kanak dan 94 wanita,” kata Menteri Kesihatan Firass Abiad.
“Ini secara terus terang menafikan pembohongan Israel yang mengatakan ia menyasarkan pasukan tempur… Sebenarnya, malangnya, sebahagian besar, jika tidak semua, mereka yang terbunuh dalam serangan semalam adalah orang yang tidak bersenjata di rumah mereka,” katanya.
Seramai 1,835 orang cedera, katanya sambil menambah bahawa mereka sedang menerima rawatan di 54 hospital.
Empat daripada yang maut adalah penyelamat dari persatuan Pengakap Risala, yang bergabung dengan sekutu Hizbullah Amal.
Beberapa kumpulan pejuang itu mengendalikan pusat kesihatan dan operasi tindak balas kecemasan di selatan Lubnan. – AFP











