PETALING JAYA: Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa mendakwa isu yang dibangkitkan mengenai jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, hanyalah taktik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi badan induk itu. Menurut Sadek, tindakan tersebut merupakan strategi ‘reverse psychology’ yang digunakan oleh FAM bagi menutup kelemahan pengurusan dalaman mereka. “Sebenarnya, apa dibangkitkan itu adalah untuk mengalihkan perhatian daripada…










