Iran bekalkan peluru berpandu balistik ke Russia?

Iran bekalkan peluru berpandu balistik ke Russia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan sekiranya berlaku sebarang pemindahan peluru berpandu balistik dari Iran ke Russia yang hanya menyebabkan peningkatan mendadak dalam perang Ukraine. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, kedua-dua negara dikatakan mempunyai hubungan yang erat dalam beberapa minggu kebelakangan ini berhubung pemindahan senjata sedemikian.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House, Sean Savett berkata, pihaknya sudah memberi amaran mengenai perkongsian keselamatan yang semakin erat antara Russia dan Iran sejak permulaan operasi khas ketenteraan di Ukraine. 

“Sebarangan pemindahan peluru berpandu balistik Iran ke Russia hanya mencetuskan peningkatan dramatik dalam sokongan Iran terhadap pencerobohan Moscow,” katanya. 

Ogos lalu, Reuters melaporkan Russia dijangka menerima penghantaran beratus-ratus peluru berpandu balistik Jarak dekat Fath-360 dari Iran. 

Puluhan anggota tentera Russia juga dikatakan sedang dilatih di Iran menggunakan senjata berpandu satelit untuk digunakan dalam serangan di Ukraine. 

Sementara itu, seorang lagi pegawai AS memberitahu Reuters, pihaknya sedang memerhatikan potensi pemindahan peluru berpandu Iran-Russia dengan teliti. 

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, negara-negara Barat memerhatikan hubungan Iran dan Russia yang semakin erat sekaligus mencetuskan kebimbangan besar.

Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York berkata, pendirian Tehran mengenai konflik Ukraine tidak berganjak dan berubah. 

“Iran menganggap pemberian bantuan ketenteraan kepada pihak yang terlibat dalam konflik sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Oleh itu, Iran bukan sahaja mengelak daripada terlibat dalam Tindakan itu sendiri, tetapi menyeru negara lain untuk menghentikan bekalan senjata kepada pihak terlibat dalam konflik itu,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN