Hezbollah balas serangan Israel, lepas 3 rakyatnya terkorban

Hezbollah balas serangan Israel, selepas 3 rakyatnya terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Hezbollah melancarkan serangan roket balas yang menyasarkan sebuah bandar di utara Israel pada awal pagi Ahad. 

Serangan itu beberapa jam selepas Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan serangan Israel mengorbankan tiga anggota pertahanan awam di selatan negara itu.

Kumpulan pejuang yang disokong oleh Iran itu terlibat dalam pertempuran rentas sempadan hampir setiap hari dengan tentera Israel bagi menyokong sekutu mereka, Hamas, sejak serangan 7 Oktober terhadap Israel sehingga mencetuskan peperangan di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hezbollah berkata, pihaknya membedil ‘Kiryat Shmona dengan serangan roket Falaq’ pada awal pagi Ahad sebagai tindak balas terhadap serangan musuh yang mengorbankan pekerja kecemasan di kampung Froun, Lubnan.

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan insiden terhadap pasukan pertahanan awam Lubnan yang sedang memadamkan kebakaran yang dicetuskan oleh serangan Israel tersebut di kampung Froun mengakibatkan tiga anggota penyelamat kecemasan maut. 

Dua lagi cedera, manakala seorang daripadanya berada dalam keadaan kritikal. 

Pertahanan awam Lubnan dalam kenyataan berkata, tiga pekerja mereka terbunuh dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan pemadam kebakaran selepas mereka selesai menjalankan misi memadamkan kebakaran.

Tambah kenyataan itu,  mereka mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang secara terang-terangan menyasarkan pasukan dari badan rasmi negara Lubnan.

Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati mengecam serangan terhadap pekerja kecemasan itu.

Jelasnya, pencerobohan baharu terhadap Lubnan adalah satu pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, serangan ini adalah yang kedua seumpamanya terhadap pasukan kecemasan dalam tempoh kurang 12 jam.

Terdahulu, dua anggota kecemasan dari Jawatankuasa Kesihatan Islam yang bersekutu dengan Hezbollah cedera apabila Israel sengaja menyasarkan lokasi petugas yang dalam perjalanan memadamkan kebakaran di selatan Lubnan, Qabrikha, menyebabkan kenderaan mangsa terbabas. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini