Yulo hadiahkan emas kedua Filipina di Sukan Olimpik

Yulo hadiahkan emas kedua Filipina di Sukan Olimpik

CARLOS YULO - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kemenangan Carlos Yulo dalam acara senaman lantai lelaki gimnastik di Sukan Olimpik Paris telah mencipta sejarah Filipina apabila merangkul pingat emas kedua dalam Sukan Olimpik.

Yulo, 24, menitiskan air mata selepas menyamai pencapaian atlet angkat berat, Hidilyn Diaz merupakan individu pertama memenangi emas pada Olimpik Tokyo.

“Saya hanya melakukannya, saya tidak ragu-ragu,” kata Yulo.

Bekas juara dunia itu melakukan rutinnya dengan sempurna, diakhiri dengan pendaratan yang sempurna untuk meraih 15.000 mata sekali gus memenangi emas pertama bagi acara gimnastik untuk Filipina dan Asia Tenggara.

Juara bertahan dan penyandang juara dunia Artem Dolgopyat dari Israel terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 14.966 mata.

Jake Jarman dari Britain, memperolehi markah tertinggi dalam kelayakan minggu lalu mengutip 14.933 mata untuk meraih gangsa di Bercy Arena. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN