Undang-undang UK lemah punca rusuhan kaum berleluasa

Undang-undang UK lemah punca rusuhan kaum berleluasa

RUSUHAN anti-imigran di luar Holiday Inn Express di Rotherham, tempat pencari suaka menginap.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kelemahan undang-undang dan penguatkuasaan mendorong rusuhan perkauman di United Kingdom (UK) sehingga mencetuskan Islamophobia sehingga menyaksikan umat Islam ketakutan.

Meskipun hampir 500 perusuh ditahan polis, namun rusuhan belum menunjukkan tanda reda apabila kumpulan sayap kanan merancang untuk mengadakan demonstrasi dalam masa terdekat.
Datuk Bandar London, Sadiq Khan menggesa undang-undang yang diwujudkan untuk menangani maklumat palsu dikaji semula, susulan rusuhan keganasan dicetuskan ekstremis sayap kanan di UK.

Pemimpin Islam dari Parti Buruh itu berkata, kelemahan undang-undang sedia ada menyebabkan maklumat palsu tular di media sosial sekali gus menyebabkan rusuhan berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru itu beliau berkata, pentadbiran UK harus bertindak pantas untuk mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Talian selepas kekacauan ganas di England dan Belfast sejak seminggu lalu.

“Terdapat gesaan untuk mempercepatkan pelaksanaan akta itu,” katanya seperti lapor The Guardian.

Kenyataan beliau dibuat selepas pemilik X, Elon Musk, meningkatkan serangannya terhadap kerajaan Parti Buruh dengan berkongsi artikel palsu dari Telegraph di platform media sosialnya.

Musk mendakwa, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer sedang mempertimbangkan untuk menghantar perusuh sayap kanan ke ‘kem tahanan kecemasan’ di Falklands.

Artikel itu pertama kali disiarkan oleh ketua bersama kumpulan sayap kanan Britain First, Ashlea Simon.

Hantaran, yang dipadamkan oleh Musk 30 minit kemudian, mendorong jurucakap Suruhanjaya Eropah menyatakan siasatannya terhadap X mungkin mengambil kira cara platform itu mengendalikan kandungan berbahaya berkaitan rusuhan di England, baru-baru ini.

Susulan itu, Khan berpandangan bahawa kerajaan perlu segera menyedari keperluan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Talian dan menyemak semula tujuannya yang disifatkan beliau tidak sesuai dengan keadaan semasa.

“Kita tidak boleh mencadangkan kerajaan untuk melarang platform seperti X, dan realitinya tugas kita sebagai ahli politik perlu berhubung dengan pengundi terutama jika ada pihak yang mempermainkan ketakutan orang ramai.

“Salah satu cara kita boleh menangani ketakutan ini dengan menggunakan platform media sosial. Memboikot media sosial tidak akan menangani masalah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini