Ukraine gesa Mexico tahan Putin jika hadir majlis angkat sumpah

Ukraine gesa Mexico tahan Putin jika hadir majlis angkat sumpah

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV : Ukraine mahu kerajaan Mexico supaya menangkap Presiden Rusia Vladimir Putin jika beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu, Claudia Sheinbaum pada masa terdekat.

Delegasi Kyiv yang menggelar Putin sebagai penjenayah perang turut mengucapkan terima kasih kepada Mexico kerana menghulurkan jemputan kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy untuk menghadiri majlis itu pada 1 Oktober.

“Kami yakin bahawa kerajaan Mexico akan mematuhi dalam apa jua keadaan dengan waran tangkap antarabangsa dengan menyerahkan Putin kepada badan kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di The Hague,” kata kedutaan Ukraine dalam satu kenyataan.

Pada Mac 2023, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk Putin atas dakwaan jenayah perang berhubung pengusiran paksa kanak-kanak Ukraine ke Rusia berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada awal 2022.

Menteri Luar Mexico yang baharu, Juan Ramon de la Fuente berkata, ia menjadi kebiasaan untuk menjemput pemimpin setiap negara yang Mexico berkongsi hubungan diplomatik termasuk Ukraine dan Rusia.

Sheinbaum, yang bakal menjadi Presiden wanita pertama Mexico, memenangi kemenangan bersejarah dalam pilihan raya pada Jun lalu akan memulakan penggal enam tahunnya pada Oktober ini.

Putin dan Zelenskyy adalah antara pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepadanya. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN