UK selamat dikunjungi - Hal Ehwal Luar UK

UK selamat dikunjungi – Hal Ehwal Luar UK

ORANG ramai mengambil kesempatan bersantai berdekatan Tower Bridge di tengah London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Semua pengembara dari Teluk Arab khususnya negara Islam diminta agar tidak bimbang untuk melakukan perjalanan ke English pada musim panas di tengah-tengah rusuhan kaum yang paling terbesar dalam tempoh 13 tahun.

Nasihat itu disampaikan Pejabat Hal Ehwal Luar United Kingdom (UK) kepada media Al-Arabiya hari ini.

Jurucakap pejabat itu memaklumkan, Britain merupakan negara selamat dikunjungi dan semua pelancong khususnya dari negara teluk dan Islam dengan mereka diminta tidak bimbang untuk melancong ke UK.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mempunyai reputasi lama untuk keterbukaan dan toleransi, dan komuniti pelbagai budaya kami adalah sebahagian daripada apa yang menjadikan Britain hebat,” kata jurucakap itu. 

Katanya, Perdana Menteri UK, Keir Starmer telah jelas bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam rusuhan itu bakal berdepan tindakan undang-undang.

Hampir 4 juta umat Islam UK kini berada dalam ketakutan ekoran rusuhan besar-besar yang didalangi kumpulan haluan kanan dan anti Islam yang mengambil tindakan menyerang masjid dan pusat komuniti Islam di negara itu.

Rusuhan yang bermula sejak minggu lalu bertukar ganas apabila perusuh mengambil tindakan menyerang sebuah masjid di Southport, Liverpool dan menyerang anggota polis.

Perkara ini menyebabkan beberapa negara termasuk Malaysia mengeluarkan amaran perjalanan negara itu.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini