Turkiye sekat permainan popular Roblox - Utusan Malaysia

Turkiye sekat permainan popular Roblox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Turkiye menyekat akses ke platform permainan video popular Roblox (RBLX.N) berikutan kebimbangan terhadap kandungan yang boleh menyebabkan tindakan keganasan dan penderaan kanak-kanak.

Menteri Kehakiman, Yilman Tunc berkata, mahkamah Turkiye mengenakan sekatan akses di bawah siasatan oleh pendakwa raya di wilayah selatan Adana.

“Negara kita bertanggungjawab untuk mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan perlindungan kanak-kanak.

“Menggunakan teknologi secara negatif tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam hantaran di platform media sosial, X.

Jurucakap Roblox berkata, pihaknya sentiasa memastikan keselamatan pengguna terutama golongan muda, sebagai teras operasi syarikat itu.

“Kami menghormati undang-undang dan peraturan negara di mana kami beroperasi serta berkongsi komitmen penggubal undang-undang tempatan terhadap kanak-kanak.

“Kami berharap dapat bekerjasama untuk memastikan Roblox kembali dalam talian di Turkiye secepat mungkin,” kata jurucakap dalam e-mel kepada Reuters.

Larangan Roblox dibuat selepas Turkiye menyekat akses ke platform Instagram minggu lalu, langkah yang didakwa disebabkan oleh media sosial itu tidak mematuhi undang-undang serta sensitiviti awam.

Pegawai Turkiye dilaporkan mengadakan rundingan dengan Instagram minggu ini, tetapi isu tersebut masih belum diselesaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN