ANKARA: Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan mengisytiharkan Jumaat 2 Ogos sebagai Hari Berkabung bersempena terkorbannya Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu serangan di Tehran, Iran. Perkara itu diumumkan beliau menerusi aplikasi media sosial X. “Sebagai tanda untuk menzahirkan sokongan perjuangan Palestin dan solidariti kita dengan keluarga di sana, diumumkan esok sebagai Hari Berkabung Kebangsaan (2 Ogos, Jumaat) bersempena syahidnya Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Hamiyeh,” katanya. Hamas sebelum ini…